SEJARAH RINGKAS PERGERAKAN
MAJLIS PENGAKAP DAERAH SEMBULAN
1994-2005

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DAERAH SEMBULAN

Pergerakan Pengakap merupakan salah satu pergerakan yang paling diminati ramai di dunia terutamanya oleh golongan belia. Sejak Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907, ia tidak pernah berhenti berkembang. Kini terdapat lebih 25 juta Pengakap di lebih 216 negara dan wilayah. Keahlian juga telah bertambah berlipat ganda sejak 20 tahun yang lalu dan kebanyakkannya berlaku di negara-negara membangun (WOSM,1998).

 

Daerah Sembulan juga tidak lari dari perkembangan pergerakan Pengakap ini. Pergerakan Pengakap mula bertapak di Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada tahun 1923. Sejak itu, pergerakan Pengakap telah berkembang dengan pesatnya sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2003, selepas 80 tahun berpengakap, terdapat lebih 100 buah kumpulan Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, termasuklah daerah-daerah Inanam, Sembulan, Penampang dan Petagas yang dahulunya bersama-sama dalam Daerah Jesselton.

Pada tahun 1994, Daerah Kota Kinabalu terlibat dalam perubahan pentadbiran Pengakap Negeri Sabah disebabkan bilangan kumpulan, ahli dan pemimpin yang bertambah ramai. Daerah Kota Kinabalu dipecahkan kepada tiga iaitu Daerah Kota Kinabalu, Inanam dan Sembulan manakala Daerah Penampang dipecahkan kepada dua iaitu Daerah Penampang dan Petagas sehinggalah ke hari ini. Daerah Kota Kinabalu diketuai oleh En.Stephen Hendriks, Daerah Sembulan oleh Tuan Haji Abd. Rahim Razali dan Daerah Inanam oleh Ahmed Tariq. Daerah Penampang pula diketuai oleh En.Wajimin Sinon manakala Petagas oleh En.Busu Masator.

Maka di sinilah bermulanya satu reformasi yang telah terbentuk bagi melicinkan pentadbiran Daerah Sembulan. Di Daerah Sembulan sahaja terdapat tiga belas buah kumpulan sehinggalah ke hari ini. Antaranya:-

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH
SM LA SALLE
SK SRI GAYA
SM STELLA MARIS
SK SEMBULAN
SM ST FRANCIS CONVENT
SK TANJUNG ARU 1
SM MAKTAB SABAH
SK TANJUNG ARU 2
SM TINGGI KOTA KINABALU
SK KEPAYAN
SRK STELLA MARIS
SRK SACRED HEART

Barisan Pengurusan Pentadbiran Daerah Sembulan dari tahun 1994 hingga 2005 :-

1998-1999
NAMA PEMIMPIN   JAWATAN
TUGASAN
Abdul Rahim Razali
-

Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Ketua Pentadbir Daerah
Tamin Hj. Ongki
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pentadbiran
Sahar Hj. Awg. Besar
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Latihan & Pembangunan Dewasa
Mohd. Affendi Ariffin
-
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Perhubungan

A. Rosaini Bte Ariffin
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Hal Ehwal Wanita
Noraini Wahi
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pengakap Kanak-Kanak
Che Parizan B. Ayob
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pengakap Muda / Pengakap Remaja
Idris Hj. Awg.
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Kelana

 

1999-2005
NAMA PEMIMPIN   JAWATAN TUGASAN
Abdul Rahim Razali
-

Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Ketua Pentadbir Daerah
Azman Badu
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pentadbiran / Kelana
Surilla Juanita Stimol
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Latihan
Rutil Taising
-
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Perhubungan

Syarmila Ab. Latif
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Hal Ehwal Wanita
Dyah Shintawati
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pengakap Kanak-Kanak
Affendi Ariffin
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pengakap Muda / Pengakap Remaja
Franjie Abd. Rahman
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Tugas-Tugas Khas

 

2005-sekarang
NAMA PEMIMPIN   JAWATAN TUGASAN
Azman Badu
-

Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Ketua Pentadbir Daerah
Surilla Juanita Stimol
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pentadbiran / Pengakap Muda / Pengakap Remaja
Dyah Shintawati
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Bendahari / Latihan
Affendi Ariffin
-
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Kelana / Kuartermaster

Syarmila Ab. Latif
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Hal Ehwal Wanita
Shah Nasier Maruson
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Pengakap Kanak-Kanak
Franjie Abd. Rahman
-

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Multimedia

 

AKTIVITI YANG PERNAH DIJALANKAN SEPANJANG 2001-2005

Bil. Aktiviti Peringkat Tahun
1.
Kursus Ketua-Ketua Patrol di SM La Salle
Daerah 2001
2.
Korobori Kali Pertama di SK Tg. Aru 1
Daerah 2001
3.
Kursus Ketua Enam Sekawan di SK Sri Gaya
Daerah 2002
4.
Penyertaan Kontinjen Daerah Sembulan mewakili Negeri Sabah ke Jambori Melaka kali-4 bertempat di Ayer Hitam
Kebangsaan 2002
5.
Korobori Kali Kedua di SK Tg. Aru 1
Daerah 2002
6.
Majlis Penganugerahan Pengakap Raja di Istana Negeri Sabah
Negeri 2002
7.
Penyertaan Kontinjen Daerah Sembulan ke Jambori Labuan Kali Pertama & Ulangtahun ke-70 di Kompleks Sukan Air
Kebangsaan 2003
8.
Penyertaan Kontinjen Daerah Sembulan ke Jambori Sandakan Sempena Ulangtahun ke-90 Berpengakap di Negeri Sabah
Negeri 2004
9.
Kursus Ketua-Ketua Patrol di Rumah BP
Daerah 2005
10.
Penyertaan Kontinjen Pengakap Daerah Sembulan ke Larian Junjungan Kasih Sempena Hari Jadi T.Y.T di Padang Merdeka KK
Negeri 2005
11.
Penyertaan Pemimpin Sembulan ke Kursus Kepimpinan Ketua-Ketua Patrol Peringkat Negeri Sabah di Rumah BP
Negeri 2005
12.
Kursus Manikayu 1 (Penerangan)
Daerah 2005
13.
Kem Lencana Usaha , Maju , Jaya
Daerah 2005
14.
Ujian XPDC ( Lima Lencana Tertinggi )
Daerah 2005