SEKAPUR SIRIH
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH

2005

Sabah State Chief Commisioner
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah

Assalamualaikum....

Terutama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sembulan (Unit Multimedia) kerana telah berjaya menghasilkan dan melancarkan laman web Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Daerah Sembulan). Sememangnya pelancaran laman web ini memang disarankan kepada semua daerah untuk dilancarkan apabila diseru oleh pihak ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mewujudkan laman web di peringkat daerah masing-masing.

Penggunaan teknologi maklumat atau lebih dikenali sebagai IT, walaupun baru, sudahpun digunakan dengan meluas. Para Pengakap sedunia juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi baru ini. Ini terbukti apabila Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) pada tahun lalu (1997) telah menamakan acara Jamboree-on-the-Internat (JOTI) sebagai acara rasmi Pengakap Sedunia. JOTI kini diadakan setiap bulan Oktober, selari dengan acara JOTA (Jamboree-on-the-Air). Dengan terhasilnya laman web ini saya yakin ianya dapat mengiratkan lagi silaturrahim di kalangan ahli-ahli pengakap di daerah Sembulan dan juga di peringkat kebangsaan.

Akhir kata saya harap dengan adanya laman web ini ia akan memberikan gambaran yang terbaik mengenai pengakap daerah Sembulan dan saya ucapkan selamat berpengakap melalui internet.

Wassalam....

AWANG ZAINI HAJI SUNTIM